Saturday, March 17, 2012

Seharian

Alahmdulillah...hari ni seharian suntuk berjalan dengan adik beradik dan seseorang yang perlu dalam hidup ni, insyaallah jika jodoh berpanjangan. Pagi pagi lagi kakak ku yang di beri nama Zawiyah, nama panggilan awin sahaja...hehe..last minit ajak berkelah di ulu yam, kebetulan keluarga abang ipar ku bercuti atau berjalan rumah kakak ku awin..so ramai ramai lah follow..hehe..haaa....kakak ku fatimah dari puchong turun untuk join sekali berkelah, maklumlah baby dalam kandungan nak berjalan je, Al-hamdulillah kakak ku fatimah lagi 4 minggu bakal mendapat baby lelaki, aciknya ni rasa tak sabar sabar nantikan baby kakak ku fatimah ni..hehe..perjalanan ke ulu yam mengambil masa setengah jam juga lah dari petaling jaya, sampai sahaja di rawang tiba tiba hati ni tergerak untuk memanggil kakak sulung ku dan kakak kedua ku yang bernama rasidah dan ramzanah untuk join berkelah..hehehe manalah tahu kakak2 ku ni yang ada bakat memasak ni boleh lah masak lauk lauk sikit untuk berkelah..memang best kalau ajak kakak sulung ku dan kakak kedua ku kalau pergi berkelah, nak tahu kenapa? sebab air asam yang diorang buat memang best...pehh...ada pulak buat BBQ  ayam, memang meriah..dari pukul 11 hingga pukul 4 petang berkelah, sampai lalai solat zuhur dah berlepas..masya Allah...memang tak di sengajakan, maklumlah dengan keadaan kalut, dengan uruskan bara kayu untuk masak BBQ ambil masa jugak lah, maklumlah kayunya pulak kayu lembab..hahaha..berjam jam kayu baru jadi bara..memang rasa sakit hati dan lapar lah..rasa time tu macam nak makan je kakak2 ku yang tengok je tapi tak nak tolong, bukannya tak nak paham..huhuhu..tapi happy jugak lah akhirnya berjaya juga hasilkan bara,Alhamdulillah......
Selesai berkelah, singgah rumah kakak ku yang sulung untuk rehatkan badan dan makan makan rengan, makan petang. selesai sudah yang wajib, dalam pukul 8 mlm bertolak balik petaling jaya, sampai sudah di rumah, lupa pulak dah janji pada dia pukul 9 nak pergi makan kat luar, rancang makan ayam penyet tapi last minit tukar plan makan kt jalan krinchi, nak tau makan apa? makan USA SPECIAL...sedap...mmg sdp...tapi tak habis makan sebab dah terlalu kenyang, seharian makan je..hehehe..kesian dia, dah la dia yang belanja tapi makanan tak habiskan, siap suruh dia yang habiskan dan ugut pulak 2..(kalau x habiskan x dapat isteri solehah)hahaha..jahatkan?hehe...sebelum tu dia ada lah bagi sebuku ilmu yang bermanfaat pada diri ni nak tau tak buku apa?? jeng....jeng..jeng....hehehe




Alhamdulillah...si Dia menitik beratkan sensitiviti seorang wanita muslimah..bila semak dan semak isi kandungan dan kandungan kata kata, sungguh menarik..isi kandungan yang bermanfaat untuk diri seorang wanita seperti saya..hehehe...si Dia tidak hanya bagi senaskah buku sahaja tapi bagi coklat juga...sweet dream....manis sangat...hehehe..about this book Peliharalah Dirimu Duhai Wanita, di lain hari saya akan share apa yang bermanfaat untuk pembaca blog di sini ya..tentang isi kandungan buku Wanita ni.Insyaallah..
Semoga saya di izinkan menulis blog lagi selepas ini..amin..


Wahai tuhanku, ampunkanlah dosa dosa yang telah aku lakukan di masa lampau dan di masa kemudian, juga dosa dosa yang ku lakukan secara sembunyi dan secara terang terangan dan segala dosa ku yang engkau lebih tahu daripadaku.
Engkaulah tuhan yang maha berkuasa di atas segala sesuatu...amin...Ya Rabb...



















Friday, March 16, 2012

Short Sem

Hari yang di tunggu akan tiba pada 19 hb 03 tahun 2012, hari yang di tunggu tunggu ialah semester pendik yang  memeningkan, adoi yayy...rasa hati ni seronok ada, tak seronok pun ada. nak tahu kenapa? sebab seronok subject semester pendik ni subject yang saya minat...hehehe...islamic study,philosophy of science and muslim technocrat and introductory math. 3 subjact yang kena di ambil..memang tak sabar sangat nak memerah otak dan sibukkan diri..masa semester pendik ni selama 7 minggu...waw...sakit kepala, sakit badan lah nampaknya..
Nak buat macam mana kan... Usaha tangga kejayaan, just do it.......start semester pendik ni cuba cari kelemahan diri, ubah penampilan, ubah sikap dan banyakkan duduk kat masjid...hehehe..tenang hati ni bila duduk sendiri sendiri kat masjid. Sapa yang tak tenang bila masuk rumah Allah kan?? 
Alhamdulillah semester lepas dah berlalu dan sem pendik akan tiba, apa yang jadi semester lepas jadikan pengajaran dan peringatan buat diri yang sentiasa lalai ni, harap semester pendik segala urusan di permudahkan...insya Allah...jika di izinkan. OK...jangan pikir perkara yang kita tak nampak lagi di kemudian hari..apa yang ada sekarang di jaga dan jangan putus asa , apa yang jadi pada diri ini sebelum sebelum ini mesti ada hikmahnya...yakinlah Allah sentiasa ada, maha melihat, maha mengetahui dan maha pengampun, maha penyayang...dll...hehe...knp ni tbe2 mlm2 ni rasa happy je perasaan ni?? owh mungkin rasa hati ni indah dan damai bila sebut dan membesar besarkan perkataan maha pada yang Esa..patutlah solat di tengah malam hati akan rasa dekat dan sedekatnya padaNya....Damainya...terasa nak solat sunat pulak..sebelum tu solat taubat dahulu..manalah tahu dengan secara tak sengaja kita dah buat zina pada diri sendiri..betul x?? zina mata, zina pendengaran, zina telinga, zina tangan dll....mcm2..dengan solat sunat tengah tengah malam hati dan diri ni boleh di muhasabah diri supaya menyesali perbuatan yang lalu tidak akan mengulangi perbuatannya lagi...Amin..Insyaallah, beringat ingat pada diri. 
   Ya Allah, Ya Tuhanku, berikanlah aku manfaat dengan perkara yang engkau telah berikan pengetahuan kepadaKu. Berikanlah pengetahuan yang bermanfaat kepadaku. Tambahkanlah pengetahuan kepadaKu. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan, Dan aku berlindung dari keadaan ahli neraka.
 Amin Amin....Ya Rabbal Alamin....Semoga berjaya Di DuniA Dan Di Akhirat.


Saturday, March 3, 2012

Golongan yang mendapat naungan

Dengan nama Allah yang Maha pengasih , lagi maha penyayang. Assalamualaikum w.b.t, Alhmdulillah syukur saya panjatkan kerana masih dipanjangkan umur dengan izinnya, Alangkah beruntungnya sesiapa hamba Allah di dunia ini  jika ada  ciri ciri golongan yang mendapat naungan di sisinya, Alhamdulillah...Ada tujuh golongan yang dinaungi oleh Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naunya itu iaitu:

1. imam yang adil.


2. pemuda yang tekun beribadat kepada Allah.

3.Lelaki yang hatinya terpaut di masjid sehingga kalau dia sudah keluar dari masjid ingin kembali lagi di masjid.

4. Dua orang yang berkasih kasihan kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah kerananya.

5. Lelaki yang berzikir kerana Allah di tempat sunyi sehingga mengalir air matanya.

6. Lelaki yang diajak oleh wanita cantik dan mempunyai kedudukan untuk mengadakan hubungan terlarang kemudian dia berkata:"Aku takut kepada Tuhan sekelian alam."

7. Seseorang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya pun tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanannya.

Sesungguhnya beruntunglah orang orang yang mempunyai ciri ciri salah satunya Golongan yang mendapat naungan di sisi Allah.. Insyaallah tiada yang mustahil jika kita mengikuti syariatNya dan menjauhi laranganNya. Sentiasa menjaga hubungan kita pada yang Esa. Dia hak milik segalanya, apa yang di bumi dan di langit. Segalanya datang daripadaNya. Kita datang di dunia dengan izinnya dan kembalinya kita padaNya juga. Insyaallah perbanyakkan mengigati kebesarannya hati akan menjadi tenang. amin..