Thursday, March 28, 2013

Bersyukur

Assalamualaikum.....Alhamdulillah, sekian lama blog ditinggalkan bersawang...hanya melihat saja, bila nak update pikir panjang nak ke x nak update...hihik...kesian blog ni, so sekarang baru ada pengisian untuk diluah...
Alhamdulillah sekali lagi tanda syukur pada yang maha Esa, kini aku bersyukur kehidupan yang cerah makin hari makin jelas cuma kena usaha lebih lagi dan fokus pada tujuan sebenar..
aku akan memulakan perniagaan kecil kecilan bersama kakak ku, yang kebetulan telah mendapat kelulusan pinjamannya, walau tidak seberapa tapi cukup jika modal aku dan modal dari pinjamannya tekun digabungkan menjadi satu, jadinya kami menjadi rakan kongsi dan usahakan bersama...InsyaAllah moga mendapat sambutan yang menggalakkan nanti..akan aku buat sebaik mungkin..ini janji aku.
Sudah banyak rintangan dan dugaan sebelum ini yang aku lalui...cuba untuk bangkit agar kesilapan dan masalah lalu tidak terbawa pada kemudian hari...aku bersyukur sangat setiap apa yang jadi ada hikmahnya tak dapat aku luahkan apa yang jadi di sebalik dugaan susah payah yang aku lalui sebelum ini..dalam hati percaya ada hikmah yang tersembunyi..aku belajar kelemahan diri aku, aku belajar mematangkan diri bangkit..dan aku cuba usaha yang terbaik dan juga yang termampu aku lakukan..semuanya berkat dari segala aspek amalan yang aku lakukan..bersyukur sangat..
Mulut tidak sudah mengucap syukur Alhamdulillah setiap minit..Nikmat iman, nikmat syukur, nikmat hati tenang dan nikmat rasa pelbagai pada tempat dan situasi...diri saja yang dapat merasa..
Hidup ni tidak lepas merasa nikmat jika tahu menghargai dan bersyukur apa adanya..
Allah akan beri di setiap kesempatan peluang demi peluang untuk kita kecapi apa yang kita hajati dan apa juga yang kita fikir untuk kebaikan pada masa akan datang untuk kita capai.
Syaratnya Sabar usaha dan doa...InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan izinnya...Anggap segala masalah adalah satu cabaran untuk bangkit lebih matang pada masa akan datang..
Walau ombak sekuat mana menghempas aku, akan aku kuat berdiri tetap pada tempat asalku walaupun ribut datang sekali pon..akan ku tetapkan pendirian.

Moga sentiasa ada sinar cahaya dari kegelapan..Insya Allah semua di atas izinya..