Sunday, April 28, 2013

Sabar harungi Dugaan Hidup

pelbagai hal yang membuatkan diri ini down..but i try bangun kuatkan hati dan semangat...ni lah kehidupan. Pelbagai cobaan

Harapan Dengan Keagoan.

Ya Allah permudahkanlah urusanku dan sempurnakanlah segala urusanku.

Ya Allah,
 Detik ini..
aku melihat diri yang hina dina ini,
merungkai segala yang terjadi liku liku kehidupan,

Antara kepercayaan, kekecewaan dan kegagalan.

Ya Allah,
Hadirnya cinta tanpa ku sedar,
Hadirnya dirinya padaku tanpa simpati dariku,
Hadirnya setia dan kasihnya ku persiakan.

Ya Allah,
Tunjukkanlah pada ku cinta yang pasti dan hakiki,
Haruskah aku merindui dan menyayangi pada yang tidak ku akan miliki,

Ya Allah,
Pengorbananya dan kata katanya melembutkan hatiku agar bersamanya,
Kesetiaannya dan rayuannya membuatku simpati padanya,
Perlukah aku untuk bersamanya entah yang keberapa kali demi sayangnya pada ku,

Ya Allah,
Lembutkanlah hatiku untuk menerimanya,
Lembutkan hatinya untuk menerima ku,
Jika dia jodohku dekatkan hatiku padanya,
Jika dia bukan milikku jauhkan lah hatiku padanya,
Aku redha apa yang terancana olehmu..

Ya Allah,
Adakah rinduku kini padanya menandakan aku cinta padanya?
muhasabah diri...patutkah aku mencintai jika dia bukan milikku?
Aku juga merasa perlu di cintai dan mencinta,
Adakah dia milikku persoalannya...

Ya Allah,
Apakah harus ku lakukan kini,
Aku sekadar menanti harapan yang tak pasti.
Menanti harapannya kembali padaku,
Harapan ini yang tak akan memisahkan ku dan dia,
Baru ku sedar Cintanya kuat padaku,
Yang tak pandai menilai harga dirinya dan keikhlasannya..

Ya Allah,
Tunjukkan lah aku pada jalan yang kau redhai..
Jalan orang yang memilih cinta sebagai ibadah..
Agar kebahagiaan dikecapi hingga ke syurgamu..

Amin...Ya Rabb..

Friday, April 19, 2013

Kembali Mengharap

Assalamualaikum....apakahabar, sihat ke? alhamdulillah diri ini diberi kesihatan dan kudrat semampunya menjalankan tanggungjawab dan ibadah yang diperintahkan. Alhamdillah lagi sekali terbuka hati ni seketika untuk update blog yang kadang saya ni ada penyakit P (pemalas ) untuk update. Walau bagaimanapun sekarang masa yang terisi sepenuhnya saya ingin memulakan diari hati saya Kembali mengharap.. eh ini bukan tajuk lagu ye..ni tajuk yang spontan tbe2 dalam fikiran juga melibatkan hal diri ini.

Jika tak kenal maka tak cinta..betul kah kata pepatah ni? hahahaa...kadang2 terfikir juga dalam fikiran saya..bukan bermaksud otak saya ni lembab untuk memahami maksudnya tapi apa yang saya kenal dan fahami timbul rasa bosan dan memutuskan. Kadang diri ini fikir mengapa ya diri ini sukar menerima dan menilai perasaan dan hati seseorang terutama kaum lelaki. Walau dah bertahun tahun mengenali tapi sukar juga untuk menerimanya seadanya sebagai sahabat mahupun teman rapat. Then sampai sekarang diri ini masih tidak berpunya..Hanya Allah diri berserah, Bukan tidak pernah menerima jejaka hati dalam hati..pernah...tapi baru hubungan separuh jalan kami berpisah..sebab apa? sebab saya seorang pemarah dan beremosi jika kata kata saya dipersendakan dan maruah saya sebagai seorang wanita dicabul..salah saya ka? kolot sgt ke? hurmmm....Lelaki yang bagaimana sanggup menahan nafsu zaman sekarang? mesti nak couple..nak berteman...berkahwin sebab tak boleh menahan nafsu, tapi tidak semua lelaki yang begini..dan jarang jarang lelaki yang di jumpai berkahwin kerana syariat agama..

Diri ini berdosa kah? memutuskan hubungan yang bertahun tahun mengenalinya hinggalah menyambung pelajaran ke ipta..walaupun sefahaman kami kurang, berjauhan, dan juga sering bertengkar dalam hpn..tapi diri saya sering dipujuk dengan kata kata maaf dan rayu..walaupun dirinya tidak salah sebenarnya tapi dia anggap dirinya salah sebab tidak sabar pada diri saya yang suka beremosi..Bila berjumpa pun tidak sekali dan sejentik pun menyentuh saya..penah saya katakan kenapa tidak pernah menyentuh saya? dirinya menjawap sebab saya sayang awak, biarlah awak rasmi jadi isteri saya dahulu, Adakala hati rasa terharu dan terpegun dengan dirinya..Ya Allah sungguh tabah dan kuat hatinya menghormati kehormatanku..walau dah bertahun kami berhubung dan mengenali, tapi kami mempunyai masalah selalu berselisih faham..saya ego kah? tau dia yang ego? ya saya mengaku kami sama2 ego..tapi dirinya kadang kala dapat mengawal egonya oleh sebab sayangnya dirinya pada diri ini..setianya hatinya..Tapi diri ini lah yang seringkali mengeluarkan kata kata putus...diri ini memang keras kepala dan keras hati.

Mungkin diriku terasa bosan bila dirinya berjauhan dengan diriku..Tapi hati ini tetap sentiasa dirinya ada dalam hati walau sedikit..sebab bukan senang nak diri ini beri walau sedikit hati ini pada orang lain..sangat mahal dan sangat berharga..sentiasa pelihara dari godaan..InsyaALLAH...

Kini diri ini masih mengharap dirinya datang kembali mengharap padaku lagi..ntah bila..pasti ke? .atau hanyak angan kosong..Memang benar diri ini masih sayang dan rindu padanya tapi jenis diri ini tidak suka menunjuk dan di perkatakan..sebab mahal kata2 ini hanya untuk pada yang berhak.
Ya Allah kuatkanlah hati ini dengan cobaan dan dugaan dunia...

Diri ini belum sampai jodoh lagi adik ku yang dahulu bernikah dari diriku...hahaha..dalam adik beradik diriku saja belum berteman..hahaha....( sedih+gembira ) tak tahu nak gambarkan hati ni bagaimana...

Walaubagaimanapun tetap bahagia dengan diri sendiri dan pekerjaan..jika ada jodoh nanti adalah...cuma lambat atau cepat sahaja Allah nak beri. always be positif! ok...

papepon hope sangat biarlah yang hadir dalam diriku nanti seorang jejaka yang dihantar Allah padaku seorang yang beragama, berdikari, bertanggungjawap, dan baik budi pekerti juga bicaranya.

sampai sini saja lah coretan saya...

assalam wbt                

layannn.................