Tuesday, July 31, 2012

Kembara Diri Menggapai Impian.

Assalamualaikum....Tertanya tanya kadangkala, Bila diri ni nak kembali aktif dalam aktiviti sukan lasak..Pengalaman sepanjang pendakian banyak mengajar erti cabaran dan kesusahan hidup walaubagaimanapun, Pendakian menuju ke puncak gunung tidak banyak bezanya dengan perjalanan kita di dalam kehidupan terutamanya dalam menggapai impian. Sebelum pengembaraan bermula, kita telah pun menetapkan matlamat untuk menawan puncak gunung tersebut walau apa cara sekalipun. Namun begitu, setiap orang mempunyai matlamat berbeza.
Ada yang ingin sampai ke puncak untuk menyaksikan keindahan matahari terbit, ada yang ingin merakamkan keindahan puncak gunung sambil berposing, ada yang sekadar menambah jumlah gunung yang telah berjaya ditawan. Ada juga yang ingin membuat kajian tentang flora dan fauna yang wujud di situ, malah ada tidak kurang yang ingin merasai pengalaman berada di puncak gunung dan seterusnya boleh menceritakan pengalaman kesukaran dalam pendakian dan juga kebahagiaan apabila berjaya menawan puncak gunung tersebut.
Cuba kita kaitkan dengan matlamat kita dalam menggapai kejayaan. Semua orang menetapkan matlamat masing-masing. Namun matlamat setiap orang untuk berjaya adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang mengejar kejayaan semata-mata untuk menjadi kebanggaan keluarga dan masyarakat, ada yang ingin menjadi terkenal dan disanjung tinggi, ada yang ingin membuktikan diri sehebat dan setaraf dengan orang lain, ada juga yang ingin menjadi contoh tauladan dan inspirasi bagi orang lain supaya berusaha untuk menggapai impian seterusnya berjaya seperti dirinya.
Di sinilah kita dapat lihat betapa pentingnya matlamat dalam sesuatu tindakan kita. Alangkah ruginya kita seandainya matlamat yang kita tetapkan itu hanyalah semata-mata untuk kemegahan seterusnya mengundang kemurkaan Allah. Malah lebih rugi sekiranya kita tidak meletakkan sebarang matlamat dalam setiap tindakan kita kerana apa yang kita lakukan tanpa matlamat adalah sia-sia dan tiada nikmat kejayaan untuk kita raikan!
Seterusnya, pendakian bermula. Namun, terdapat banyak jalan atau kaedah yang dapat kita pilih untuk memastikan kita berjaya sampai ke puncak gunung bagi mencapai matlamat yang telah kita tetapkan. Antaranya dengan mendaki selangkah demi selangkah atau cara yang paling mudah dengan menaiki helicopter.
Jika kita guna kaedah mendaki dengan segala kudrat kita sendiri, terdapat lebih banyak cabaran dan juga pilihan. Kita akan berhadapan dengan banyak persimpangan jalan yang memerlukan kita membuat keputusan untuk memilih jalan mana yang terbaik untuk dilalui. Dalam masa yang sama, kita akan berhadapan dengan makhluk-makhluk lain seperti pokok-pokok, pendaki-pendaki lain, serangga dan lain-lain. Kita juga dapat berjumpa dengan insan-insan lain yang tidak berjaya sampai ke puncak, bersandar di batang pokok dan berputus asa.
Semua itu menjadikan kita lebih bersemangat untuk meneruskan pendakian kerana kita tidak mahu menjadi seperti mereka. Malah kita mungkin akan berhenti sekejap untuk memberikan dia sedikit semangat untuk meneruskan langkah ke puncak. Sekiranya kita terjatuh, ada insan lain yang akan menghulurkan tangan untuk membantu kita bangkit semula. Paling malang pun, kita masih boleh berpaut pada akar pokok untuk membantu kita bangkit seterusnya meneruskan pendakian.
Namun, kita tidak akan berpeluang untuk mengenali erti penat lelah, kesusahan dan juga rasa menghargai makhluk lain yang wujud selain kita sekiranya jalan yang kita pilih untuk sampai ke puncak adalah dengan menggunakan helicopter. Kita tidak nampak kesusahan mereka untuk mereka bentuk sebuah helicopter. Kita hanya tahu menggunakan helicopter tersebut demi menawan puncak gunung dengan mudah. Dan yang paling malang, sekiranya helicopter tersebut terhempas, tiada lagi harapan untuk kita bergantung apatah lagi harapan untuk sampai ke puncak!

Begitulah juga dalam kehidupan kita. Terdapat banyak jalan yang terbentang di depan mata kita yang dapat kita pilih untuk menuju kejayaan. Ada jalan mudah dan singkat dan ada juga jalan yang sukar lagi berbahaya. Jalan manakah kita akan pilih? Pastinya jalan yang paling senang menjadi pilihan. Tapi kita tak sedar bahawa jalan yang sukar itu sebenarnya adalah jalan yang terbaik, yang jarang sekali orang nampak akan kelebihannya.
Jalan yang singkat selalunya hanya membawa kebahagiaan atau kejayaan untuk sekejap waktu sahaja. Dan selalunya kejayaan yang kita tempa melalui jalan yang singkat lebih membosankan dan kita kurang menghargai insan sekeliling kita yang tanpa kita sedari sebenarnya mereka juga penyebab kepada kejayaan kita. Kita juga tidak dapat menilai hati-hati insan yang berada bersama kita di sepanjang perjalanan kita kerana masa yang terlalu terhad untuk mendalami isi hati masing-masing.
Sedangkan kalau kita memilih jalan yang sukar dan penuh cabaran, kita akan lebih menghargai insan sekeliling kita yang memberi sokongan, memberi inspirasi dan mengiringi kita dalam menuju kejayaan. Kita juga dapat menilai siapa yang menghulur bantuan dan sokongan dikala kita terjatuh atau hampir berputus asa. Kejayaan yang kita kecapi juga terasa berbaloi dengan penat lelah, pengorbanan dan cabaran yang kita lalui. Ini menjadikan kejayaan tersebut terasa lebih manis dan sangat berharga.
Apabila kita telah sampai ke puncak gunung, pasti kita berasa lega, bangga dan gembira. Namun, kita perlu ingat bahawa kejayaan tersebut bukan bermakna perjalanan kita telahpun berakhir. Juga bukan bermakna kejayaan itu milik kita selama-lamanya kerana kita perlu meneruskan pengembaraan untuk turun dari puncak gunung dan kembali ke rumah pula!
Akhir sekali, kita perlu ingat bahawa kejayaan ke puncak gunung tersebut bukanlah pengembaraan terakhir, masih banyak puncak gunung lain yang belum ditawan. Bukan kerana tamak, hanya kerana setiap pengembaraan ke puncak gunung yang lain adalah berbeza keindahan puncaknya, cabarannya, suasananya laluannya dan juga makhluk sekelilingnya.
Begitu juga bila kita sudah berada di puncak kejayaan, raikanlah ia hanya sekadar sahaja kerana masih banyak impian lain yang belum terlaksana. Jangan terlalu bangga dengan kejayaan yang kita gapai kerana kejayaan itu bukanlah milik kita untuk selama-lamanya. Sentiasa semat di hati bahawa hidup ini ibarat roda, kadang-kala kita berada di atas, kadang-kala di bawah.




Jangan bersedih sekiranya kita terpaksa meninggalkan puncak jaya itu, bersyukurlah kerana kita pernah mengecapinya. Kita hanya perlu teruskan perjalanan mengejar impian lain yang masih menunggu untuk digapai. Teruskan, jangan berputus asa kerana pengembaraan itu tidak pernah berakhir selagi impian terakhir belum tercapai. Impian terakhir itu ialah kehidupan di syurga yang kekal abadi.
InsayaAllah apa yang dilakukan pada matlamat diri, moga hati kita sama sama kuat dalam pancaroba kehidupan ini. Gambar yang di atas gambar kenangan saya mendaki Gunung Tahan pada tahun 2005. Sampai disini saja, Wallahualam....

Saturday, July 21, 2012

Harapan Ramadhan


Assalamualaikum...:-) Baru sehari menyambut bulan ramadhan, bersahur bersama kakak, abang ipar, adik turun dari usim dan x ketinggalan anak buah ku yang berumur 6 tahun pun turut nak juga berpuasa..hehehe...happy sgt..sebab rasa nikmat bersahur ramai- ramai..makan semeja sama - sama, Bukan senang nak berkumpul semua semeja makan..hehehe...




Banyak sangat harapan bulan ramadhan ni moga semuanya ditunaikan dengan nawaitu kerana Allah..
Time tengan layan anak buah main, terdengar sayup2 bunyi nyayian nasyid kumpulan raihan, dalam hati berkata, damainya lagu ni dah lama tak dengar, tersentuhnya hati ni rasa tersangat sangat haru banget...:-))

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
    Bersama kita semarakkan Ramadhan...

"Semoga kita semua dikurniakan keampuanan & ketakwaan "

http: //syurgailahi999.blogsport.com.

Peneman hatiku dengan Zikrullah.

Wednesday, July 18, 2012

Akan hadir ketenagan dalam hati jika Memaafkan.

Assalamualaikum...apakhabar semua? moga Allah kasih, di kuatkan iman kita sesama muslim. Salam menyambut Ramadhan yang bakal tiba lusa. Dekat bulan ramadhan ini, diriku di uji dengan pelbagai masalah dan keadaan yang bertimpa timpa, tapi aku bersyukur sangat masih berada di samping keluarga adik beradik yang memahami dan rakan rakan yang sentiasa di samping ku ketika aku memerlukan teguran dan nasihatnya. Mungkin dah ketentuan aku tidak boleh meneruskan pembelajaran aku di kolej universiti islam antarabangsa selangor (KUIS).
Allah maha mengetahu kemampuan hambanya, diuji agar dia lebih mengenali kemampuan hambanya, moga diri ini kuat menghadapinya..insyaALLAH
Aku secara peribadi mengetahui puncanya... tetapi tidak seperti yang orang lain jangkakan... Hanya aku yang benar-benar memahaminya... Temanku itu juga tidak memahaminya.. Tidak mengapa kerana aku punyai sebab aku sendiri.
Aku tidak mahu ada titik hitam dalam hati aku ini...terus menutupi kesucian hati.. Ada yang bertanya, tidakkah aku bersedih, tidakkah aku berasa payah, tidakkah aku berasa gusar? Sebenarnya tidak... sebab aku sebenarnya redha... dan aku tidak perlukan simpati.. Yang aku perlukan hanyalah keampunan dari NYA yang maha penyayang dan maha mengampuni. Kerana dalam limpahan kasih sayang yang ada di sekelilingku, aku menzalimi diriku sendiri.. menganiayai amanah yang diberikan olehNYA ini..
.

Dalam hatiku ini ada beberapa titik hitam yang bernama marah, benci, dendam....hanya, hanya, hanya kerana beberapa potong ayat...hanya, hanya, hanya adanya kesombongan dan keangkuhan dalam perjalanan itu, dalam bicara itu... dan hanya, hanya, hanya rasa ketidakpercayaan antara satu sama lain.
Bukan aku tidak menyayangi... mengasihi sesama insan, namun apa yang amat aku sukai itu bukanlah mungkin yang terbaik untukku...
Di hatiku ini ada kemarahan dan kesakitan yang mencengkam...
Dalam hatiku ini ada kepayahan dan keperitan yang menghiris...
Di sudut hatiku ini ada kesakitan dan kebimbangan yang mengugat...
Di sisi hatiku ini ada kebosanan dan kejelekan yang menguris....
Dalam hatiku ini ada dendam dan kesumat yang mencucuk...
seperti semua titik hitam itu ada....
sedangkan dalam hatiku ini aku semai, bajai dan aku jaga agar...
Ada kasih sayang yang mencukupi...
Ada cinta yang menyerlah....
Ada kerinduan yang melimpah ruah...
Ada keredhaan dalam pasrah...
Ada tawakkal dalam kesungguhan...
Ada ketulusan dan kedamaian melitupi..
Ada taqwa dan iman yang sihat dan subur....

Atas segala yang dinamakan kebaikan.....
MENGAPA PERLU ADA TITIK-TITIK HITAM ITU?
Ya Allah, semoga KAU berikan aku taufik dan hidayah dalam melalui semua ini.... Aku tidak mahu kesakitan itu mengurung hati aku kepada keikhlasan, ketulusan dan kesucian hati ini. Terimalah penyerahan ini... terimalah taubatku...
Semoga tidak lagi aku menganiayai diri aku ini...dan menganiaya diri orang lain.
Berikanlah aku ketabahan, kecekalan untuk mengubati, meredakan.... kelukaan dalam hati aku ini.

Bicara,kata-kata itu lebih tajam daripada pedang... Itulah kata-kata Saidina Ali...
Bicara, pengakuan itu boleh membunuh....
Semoga aku boleh memaafkan....
Semoga aku bisa membersihkan hatiku ....
Semoga aku dapat mengubati kelukaanku...
Dengan sejujur-jujurnya....
Semoga akhirnya tiada lagi titik hitam walau setitik dalam hatiku ini..
Maafkan aku....
Aku sangat mengasihi dan menyayangi...
Tapi aku masih punya harga diri...
dan aku masih ada kehormatan...
serta aku masih punyai jati diri....
Maafkan aku....
Aku tidak pernah mengkhianati orang lain...
aku tidak juga membohongi...
aku menjaga bicaraku, biarpun aku sangat suka berbicara...
aku menjaga tingkah dan perlakuanku...
aku menjaga pemakaianku...
berdasarkan apa yang aku tahu, pelajari....
jika aku tidak tahu....aku akan mencari untuk tahu..
jika aku tidak bersopan....aku akan mengusahakannya...
Cuma ada yang tidak mengerti..
Walaupun aku sangat mengasihi... bukan bermakna mudahnya untuk menuding kepada aku dengan tanpa ku ketahui salahku...
Jika aku tidak buat ....mengapa kesalahan itu ditanggungkan di bahuku...
Jika orang lain yang bercerita...kenapa aku yang disangka?

Itulah yang ada dalam hatiku ini...
Tidak apa jika tidak suka....pergilah
Tidak mengapa jika tidak sayang....berlalulah
Tidak mengapa jika tidak menyenangi...pinggirkanlah...
Tidak mengapa jika membenci....jauhilah
Tidak mengapa jika tidak mahu mengerti...sisihkan
Tetapi mengapa...mengapa...mengapa... dicampakkan benih dendam hati...
Aku sudah mengikhlaskannya... jika diuji berkali-kali untuk mengetahui kesetiaan hati
Aku sudah merelakannya....Jika diduga dengan keaiban untuk membuktikan ketabahan hati..
MUNGKIN...
Tapi adalah malang sekali kerana di dalam hati ku ini ada api yang membakar cebisan-cebisan rasa yang sukar untuk dipadamkan lagi..
Aku amat menyayangi...namun dalam hatiku punya dendam tersendiri..
aku terasa telah meletakkan serendah-rendah kedudukan diri tetapi aku terasa dianiayai..
aku berusaha untuk membersih dan melembutkan hati..namun aku terasa aku tidak dihargai..

SABAR, SABAR, SABAR..... kerana itu aku membiarkan ia berlalu...ku harapkan pergi juga rasa itu dalam hati... namun aku sentiasa ingat, apatah lagi apabila hijab itu dibukakan...pada hati dan mindaku ini...
Sebenarnya aku ingin mendoakan kemusnahan, kejatuhan, kehancuran.... TETAPI, itu bukan aku. Aku tidak pernah mendoakan semua itu... pada oranglain.. Namun bukan juga itu membolehkan aku difitnah dan dianiaya. Aku memang tidak sesempurna mereka yang seperti itu...tapi aku masih tahu, mengetahui...jalan mana yang aku terus pilih....jalan menuju yang satu.
Biarpun aku tidak sehebat mereka...tapi aku ada DIA dalam hatiku...DIA jugalah pelindungku..
Jika dia tidak berikan balasan itu, pasti DIA tahu apa yang perlu.

Aku ingin meluahkan segala-galanya...namun aku tahu ada hak-hak yang perlu aku jaga dalam ukhuwah ini... Aku faham kesakitan dan keaiban itu amat perit... Aku mengerti, Islam itu syumul...Islam itu akhlak mulia... Aku pernah merasainya...biarpun aku akan kalah dan tewas untuk menggapai kehebatan di dunia tidak mengapa.... Aku tahu DIA sentiasa bersama dalam suka dan duka, gagal dan jaya.


MOGA KASIH SAYANGNYA BERSEMI SENTIASA DIHATI DENGAN REDHANYA...AMIN..