Friday, September 7, 2012

Cinta Untuk Dia Cara Memendam kerana Allah.


Assalamualaikum...

Alhamdulillah ada juga ilham untuk diriku meluah kata yang terpendam, jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita.
Saya tidak nafikan dan bukannya untuk dibanggakan tetapi sebagai perkongsian bersama kerana perkara inilah yang saya pegang hingga hari ini. Tapi bagi sesetangah orang perkara ini payah kerana ada segelintir orang sahaja yang sanggup menaggung rasa di hati dan menyatakan nya kepada Sang Pencipta.

Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya baca mengenai "Cinta Mengikut Islam" ini;

1 ) Pendam dan luahkan pada Allah

Pertama sekali, jika kita mencintai seseorang haruslah kita pendamkan dahulu dan menyatakan hasrat kita kepada Allah. Kita tidak perlu terburu buru takut perempuan/lelaki itu mencintai orang lain kerana jodoh ini adalah semua aturan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

Justeru, menyatakan perasaan kita kepada Allah terlebih dahulu, itulah cara yang paling terbaik kerana insyaAllah, Allah tidak akan memberi sesuatu kepada kita melainkan kita berhak mendapat nya dan dalam bab jodoh ini kita berusaha lah menjadi hamba Allah yang terbaik. Niatkan pertamanya apa yang kita lakukan ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan jodoh yang baik, tetapi adalah semata-mata kerana Allah.

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap kebaikan itu pastinya akan diganjari dengan kebaikan pula. Demikianlah juga dalam perihal jodoh sesudah kita mantapkan diri atas apa yang kita lakukan semata-mata kerana-Nya, sudah tentulah Allah akan berikan yang 'sekufu' iman dengan kita. Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu.

Allah telah janji dan berfirman dalam kitabNya yang bermaksud;

"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)

2) Nilai dan selidiki sebelum mencintai

 Cinta itu hadir tanpa kita sangka. Kadang-kadang ianya berputik tanpa kita sedari. Ada pula yang hadirnya walau hanya pertama kali bertentang mata (sekali pandang). Namun, sebelum kita membiarkan cinta itu tertanam di lubuk hati kita yang paling dalam, maka nilailah cinta kita itu semula.

Adakah cinta kita itu untuk dunia sahaja? Kerana kemewahannya kah? Untuk memuaskan nafsu diri kah? Atau semata-mata kerana untuk menyempurnakan agama? Andai cinta kita kepada seseorang itu hanyalah kerana nafsu dan dunia, maka rugilah kita kerana kita tidak akan dapat apa-apa melainkan kepuasan hanya di dunia. Tetapi jikalau kita mencintai seseorang kerana Allah dan berniat untuk memuliakannya dengan ingin menikahinya maka besarlah pahalanya sedang perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah rumah Allah.

Mungkin ada yang berkata;

" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab kecantikannya"

"Aik, awak nikah ni tanpa nafsukah?"

Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.


3) Jauhilah 'bercouple"

Andai diri telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara ini langsung tidak dianjurkan dalam Islam. Sesungguhnya budaya couple ini bukanlah satu pegangan Islam kerana padanya terlalu banyak perkara-perkara yang boleh membuatkan pasangan bercouple ini lebih cenderung kepada mendekati zina.

Sepertimana di dalam al-Quran ada menerangkan, "la taqrabuz zina" yang bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina"  yang mana para ulamak mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Maka, apakah dengan bercouple juga tidak termasuk di dalam mendekati zina? Walaupun mungkin ada antara pasangan couple yang berkata;

"Saya tidak pernah keluar berdua dengan dia"

"Ana jarang telepon..."

"Pakwe aku tak pernah sms pun. Kalau ada pun perkara yang penting je"

Namun, tanpa sedar kita tidak tahu bahawa kita sedang melaku zina hati yang mana sedikit demi sedikit akan membawa kita melakukan dosa yang lebih besar. Nau'uzubillah

4) Solat Istikharah dan musyawarah (berbincang)

Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk kepada Allah dan bermusyawarah (berbincang) meminta pendapat daripada orang yang dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan bermohon kepadaNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya kerana Allah atas asbab agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang.

5) Bertindaklah ke arah kesempurnaan Iman

Alhamdulillah, jika Allah telah berikan kelapangan di atas solat istikharah yang kita lakukan. Salah satu daripada petunjuk istikharah selain mimpi ialah apabila hati kita terasa lapang dan yakin dengan keputusan yang ada. Maka, bertindaklah. Bertindak di sini ialah dengan memilih seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.

Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu.

Saudara saudari saya sekalian, couple ni memang indah tetapi beracun. Saya tidak mahu rakan-rakan saya diluar sana terkena mainan syaitan ini kerana saya juga pernah merasainya sekali suatu ketika dahulu. Memang benar, pada mula berasa semuanya manis, namun pertengahannya semakin kurang dan akhirnya tawar dan pahit sekali untuk ditelan. Moga ianya menjadi pengajaran buat saya.

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya semua hubungan kita dengan manusia mendapat keredhaanNya dan Allah akan menjadikan kita insan yang lebih baik supaya insyaAllah kita dikurniakan pasangan yang juga baik.

InsyaAllah...Moga ia datang..

Tuesday, August 28, 2012

Yang Berlalu Pergi

Assalamualaikum....Berlalu sudah Ramadhan, tiba pula Hari raya Aidilfitri, sudah seminggu aku lalui hari raya di kampung, berkumpul bersama adik beradik pada hari raya ke-dua, berkumpul mendengar usrah dari bapa ku dan abang ipar ku yang paling tua. Hanya setahun sekali berkumpul beramai ramai mendengar usrah dari bapa. Dari segi luaran suasana keluarga bila dilihat dari zahirnya oleh orang lain selain keluarga ku memang merasa bahagia dan seronok, Tapi dari segi batinnya hanya Allah saja yang tahu...Bukan ingin menceritakan hal keluarga sendiri tapi ia jadikan ingatan dan iktibar untuk diriku dan kenalan atau sesiapa yang membaca blogku ini, Hidup ini bagaikan roda, kadang di atas kadang di bawah...setiap apa yang jadi pasti tidak akan sempurna apa yang dijangka, pasti ada kelemahannya..Apa yang berlaku dalam keluarga ku sekarang?seorang adik beradikku dah tersasar jauh dari Allah apa yang berlaku ia cuma sujud kepada harta dunia bukan sujud kepada Allah...

Jika kita mencari ilmu, ilmu menjaga kita, jika kita mencari harta, kita menjaga harta...Harta dunia yang banyak menjadikan manusia itu sesat, menjadikan diri hamba duit semata mata...sangup memulaukan keluarga sebab harta..Astagfirullah...

Tahun ini aku beraya ala kadar saja, walau di beri wang sebanyak mana pun untuk membuat hati aku gembira bershoping tetap tidak membuat aku rasa bahagia dengan duit yang banyak, baju raya yang cantik...aku tak nak baju raya yang cantik, aku tak nak wang yang banyak dalam poket, aku tak nak beraya sakan...aku nak duduk rumah saja, aku nak duduk dalam bilik ja. mugkin adik beradik ku merasa pelik dengan sikap aku, aku tak merasa gembira beraya tahun ni. Aku juga rasa pelik dengan perasaan aku, tiba tiba perasaan nak beraya tak ada, aku rasa macam tiada hari raya, macam hari biasa ja...mungkin aku pikir aku rasa terkejut bulan ramadhan sudah berlalu tidak ada lagi aku pergi ke surau, ke bazar cari kuih muih, ke qiammulail di tengah melam ke masjid...

Aku tidak sempurna amal ku seperti rakan yang aku kenali dan cuba merapati, banyak kelemahan ku, banyak kelalaian ku seketika , banyak perkara yang aku lupa, banyak yang aku buat salah pada orang lain. Hanya ku mohon agar diriku terjaga dalam agamaku, dan ku mohon agar aku sentiasa berada pada orang orang yang sentiasa mengingati Allah, jauhkan diriku dari malapetaka hingga aku tidak sempat bertaubat atas kesilapanku kepada Allah..

Mungkin jalan hidup ini singkat, mungkin jauh....Hanya Allah saja yang dapat menentukan segalanya hanya disisinya, hanya pada manusia kebutalan yang terlintas di akal, jika tidak dengan izin Allah apa yang di lakukan semua tidak menjadi, hanya kita diberi akal dan otak untuk menilai dan membuat pilihan ke arah kebaikan atau keburukan dalam kehidupan kita.



Aku telah mendapat khabar yang mendukacitakan semalam pada 27 ogos 2012, rakan baik ku dan juga rakan kelas ku telah pergi ke rahmatullah untuk selamanya, Arwah seorang anak muda yang rajin membantu dan juga rajin menyiapkan tugasan pensyarah beri, sorang yang peramah dan juga ceria.

Allah lebih sayangkanya, mugkin kelas ku tidak seperti sebelumnya kerana biasa yang yang selalu menceriakan suasana arwah yang nampak menonjol..Moga arwah dikalangan orang orang yang beriman...amin..

Sekian luahan saya, sampai disini saja..moga di permudahkan segala urusan kita semua..wallahualam..



Monday, August 6, 2012

Ramadhan Mulia yang Berharga...:-)

Terima Kasih Ya-Allah masih ada Ramadhan untukku..



Assalamualaikum w.b.t...


Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah…sudah  19 Ramadhan..masyaAllah cepatnya masa berlalu…Ramadhan nak meninggalkan kita, sama sama rebut peluang masa yang singkat ini dengan amalan amalan yang bermanfaat, InsyaAllah..

Bulan Ramadhan terbagi kepada 3 fasa utama, iaitu

 10 hari pertama, 10 hari pertengahan, dan 10 hari terakhir ramadhan.  Pada 10 hari pertama ramadhan telah diriwayatkan sebagai hari-hari diturunkan rahmat dari Allah kepada manusia. Pada 10 hari pertama ini kita akan banyak mendapatkan limpahan pahala dari berbagai amalan-amalan yang kita lakukan selama berpuasa.
Memang fasa –fasa  awal ini akan menjadi agak berat  karena merupakan peralihan dari yang sebelumnya makan 3 kali sehari menjadi puasa yang mewajibkan kita menahan lapar dari subuh hingga maghrib. Tapi biasanya setelah 2-3 hari pertama kita sudah terbiasa dengan puasa kita.

وَإِذا قُرِئَ القُرءانُ فَاستَمِعوا لَهُ وَأَنصِتوا لَعَلَّكُم تُرحَمونَ

"Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.(Qs Al-A'raf: 7;204 )

إِنَّمَا المُؤمِنونَ الَّذينَإِذا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَت قُلوبُهُم وَإِذا تُلِيَت عَلَيهِم ءايٰتُهُزادَتهُم إيمٰنًا وَعَلىٰ رَبِّهِم يَتَوَكَّلونَ ﴿٢

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepadamereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepadaTuhan-lah mereka bertawakal,(Qs Al-Anfal: 8;2 )
Bagaimana  cara mendapatkan rahmat:

1. Rahmat adalah kasih sayang Allah, yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya yang selalu ingat dan ber zikir kepadaNya dengan ikhlas.

2. Cara mendapatkan  rahmat adalah dengan ingat dan berzikir tentang ayat-ayat Allah baik yang tertulis dalam Al-Qur'an dan hadis ataupun  ayat-ayat berupa ciptaan Allah, yang dilakukan dengan ikhlas mengharapkan ridha Allah.

3. Akan merasa dekat dengan Allah, dengan ikhlas melaksanakan apa yang Allah perintah dan menjauhi apa yang Allah larang..Wallahualam...

Salam menyambut ramadhan yang ke-19 Ramadhan..( last update blog pada bulan ramdhan ni ) 

Salam Ramadhan terakhir tahun ini
Selamat Hari Raya AildilFitri
Maaf Zahir Dan Batin
Tulus Ikhlas Daripada
Siti Rauzdah Abdullah sekeluarga
Untuk sesiapa yang pernah mengenali diri ini
Terima Kasih atas kesudian menjadi sebahagian daripada kehidupanku.

~siti_Rauzdah~

Wednesday, August 1, 2012

Sahabat Selamanya

KAK MISHARNEY

Assalamualaikum....alhamdulillah syukur kehadrat Allah saya masih bernafas lagi hingga kini. Tajuk saya Sahabat selamanya, gambar di atas adalah gambar seorang sahabat atau kakak angkat saya ketika dahulu yang pernah rapat sangat..hingga kini saya tak dapat lupa walaupun sudah tidak berhubung atas sebab tertentu tapi saya masih ada kenangan yang boleh saya ingat dia, kadang terfikir kenapa diri ni masih nak ingat lagi sudah hampir 4 tahun tidak berhubung lagi? banyak kenangan yang indah dari pahitnya ke? penting sangat ke? orang tak ingat pada kita, buat apa kita nak ingat kt orang 2? hahaha...banyak sungguh persoalan nya kalau kita menafikan rasa hati ni...kita rindu tapi menafikan..tipulah diri ni kalau kadangkala kita tak pernah ingat sahabat yang kita pernah anggap seperti sahabat baik, lagikan pula dia sentiasa ada bila kita susah dan senang. nak tahu, kenapa tajuk ni saya buat masa bulan ramadhan tiba tiba...haha...masa bulan ramadhan pada tahun 2009 saya berpuasa di pasir putih kelantan rumah kak misharney, masa tinggal dirumahnya bersama keluarganyalah bayak kenangan yang buat saya masih ingat pada kak misharney, solat teraweh bersama, pergi sawah padi, bazar ramadhan, pergi sungai tangkap ikan kelah dan hangatkan lauk untuk sahur..haha...keluarganya peramah dan baik sangat. Tapi sekarang entah bagaimana keadaanya, semoga dalam keadaan baik wal-afiat. kalau dapat berhubung lagi, nak sangat cakap...raudah rindu sangat akk.......mungkin tak tertahan sebak dada..sebab dah lama pendam. 

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabat.



Kebiasaan yang berlaku sahabat mencorakkan siapa diri kita..



insyaAllah, moga harapan hati dapat berjumpa kak misharney...moga di panjangkan umur.
apa yang nak kata..Hargailah sahabat kita, moga dikemudian hari kita tidak mencari cari..Wallahualam...

















Tuesday, July 31, 2012

Kembara Diri Menggapai Impian.

Assalamualaikum....Tertanya tanya kadangkala, Bila diri ni nak kembali aktif dalam aktiviti sukan lasak..Pengalaman sepanjang pendakian banyak mengajar erti cabaran dan kesusahan hidup walaubagaimanapun, Pendakian menuju ke puncak gunung tidak banyak bezanya dengan perjalanan kita di dalam kehidupan terutamanya dalam menggapai impian. Sebelum pengembaraan bermula, kita telah pun menetapkan matlamat untuk menawan puncak gunung tersebut walau apa cara sekalipun. Namun begitu, setiap orang mempunyai matlamat berbeza.
Ada yang ingin sampai ke puncak untuk menyaksikan keindahan matahari terbit, ada yang ingin merakamkan keindahan puncak gunung sambil berposing, ada yang sekadar menambah jumlah gunung yang telah berjaya ditawan. Ada juga yang ingin membuat kajian tentang flora dan fauna yang wujud di situ, malah ada tidak kurang yang ingin merasai pengalaman berada di puncak gunung dan seterusnya boleh menceritakan pengalaman kesukaran dalam pendakian dan juga kebahagiaan apabila berjaya menawan puncak gunung tersebut.
Cuba kita kaitkan dengan matlamat kita dalam menggapai kejayaan. Semua orang menetapkan matlamat masing-masing. Namun matlamat setiap orang untuk berjaya adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang mengejar kejayaan semata-mata untuk menjadi kebanggaan keluarga dan masyarakat, ada yang ingin menjadi terkenal dan disanjung tinggi, ada yang ingin membuktikan diri sehebat dan setaraf dengan orang lain, ada juga yang ingin menjadi contoh tauladan dan inspirasi bagi orang lain supaya berusaha untuk menggapai impian seterusnya berjaya seperti dirinya.
Di sinilah kita dapat lihat betapa pentingnya matlamat dalam sesuatu tindakan kita. Alangkah ruginya kita seandainya matlamat yang kita tetapkan itu hanyalah semata-mata untuk kemegahan seterusnya mengundang kemurkaan Allah. Malah lebih rugi sekiranya kita tidak meletakkan sebarang matlamat dalam setiap tindakan kita kerana apa yang kita lakukan tanpa matlamat adalah sia-sia dan tiada nikmat kejayaan untuk kita raikan!
Seterusnya, pendakian bermula. Namun, terdapat banyak jalan atau kaedah yang dapat kita pilih untuk memastikan kita berjaya sampai ke puncak gunung bagi mencapai matlamat yang telah kita tetapkan. Antaranya dengan mendaki selangkah demi selangkah atau cara yang paling mudah dengan menaiki helicopter.
Jika kita guna kaedah mendaki dengan segala kudrat kita sendiri, terdapat lebih banyak cabaran dan juga pilihan. Kita akan berhadapan dengan banyak persimpangan jalan yang memerlukan kita membuat keputusan untuk memilih jalan mana yang terbaik untuk dilalui. Dalam masa yang sama, kita akan berhadapan dengan makhluk-makhluk lain seperti pokok-pokok, pendaki-pendaki lain, serangga dan lain-lain. Kita juga dapat berjumpa dengan insan-insan lain yang tidak berjaya sampai ke puncak, bersandar di batang pokok dan berputus asa.
Semua itu menjadikan kita lebih bersemangat untuk meneruskan pendakian kerana kita tidak mahu menjadi seperti mereka. Malah kita mungkin akan berhenti sekejap untuk memberikan dia sedikit semangat untuk meneruskan langkah ke puncak. Sekiranya kita terjatuh, ada insan lain yang akan menghulurkan tangan untuk membantu kita bangkit semula. Paling malang pun, kita masih boleh berpaut pada akar pokok untuk membantu kita bangkit seterusnya meneruskan pendakian.
Namun, kita tidak akan berpeluang untuk mengenali erti penat lelah, kesusahan dan juga rasa menghargai makhluk lain yang wujud selain kita sekiranya jalan yang kita pilih untuk sampai ke puncak adalah dengan menggunakan helicopter. Kita tidak nampak kesusahan mereka untuk mereka bentuk sebuah helicopter. Kita hanya tahu menggunakan helicopter tersebut demi menawan puncak gunung dengan mudah. Dan yang paling malang, sekiranya helicopter tersebut terhempas, tiada lagi harapan untuk kita bergantung apatah lagi harapan untuk sampai ke puncak!

Begitulah juga dalam kehidupan kita. Terdapat banyak jalan yang terbentang di depan mata kita yang dapat kita pilih untuk menuju kejayaan. Ada jalan mudah dan singkat dan ada juga jalan yang sukar lagi berbahaya. Jalan manakah kita akan pilih? Pastinya jalan yang paling senang menjadi pilihan. Tapi kita tak sedar bahawa jalan yang sukar itu sebenarnya adalah jalan yang terbaik, yang jarang sekali orang nampak akan kelebihannya.
Jalan yang singkat selalunya hanya membawa kebahagiaan atau kejayaan untuk sekejap waktu sahaja. Dan selalunya kejayaan yang kita tempa melalui jalan yang singkat lebih membosankan dan kita kurang menghargai insan sekeliling kita yang tanpa kita sedari sebenarnya mereka juga penyebab kepada kejayaan kita. Kita juga tidak dapat menilai hati-hati insan yang berada bersama kita di sepanjang perjalanan kita kerana masa yang terlalu terhad untuk mendalami isi hati masing-masing.
Sedangkan kalau kita memilih jalan yang sukar dan penuh cabaran, kita akan lebih menghargai insan sekeliling kita yang memberi sokongan, memberi inspirasi dan mengiringi kita dalam menuju kejayaan. Kita juga dapat menilai siapa yang menghulur bantuan dan sokongan dikala kita terjatuh atau hampir berputus asa. Kejayaan yang kita kecapi juga terasa berbaloi dengan penat lelah, pengorbanan dan cabaran yang kita lalui. Ini menjadikan kejayaan tersebut terasa lebih manis dan sangat berharga.
Apabila kita telah sampai ke puncak gunung, pasti kita berasa lega, bangga dan gembira. Namun, kita perlu ingat bahawa kejayaan tersebut bukan bermakna perjalanan kita telahpun berakhir. Juga bukan bermakna kejayaan itu milik kita selama-lamanya kerana kita perlu meneruskan pengembaraan untuk turun dari puncak gunung dan kembali ke rumah pula!
Akhir sekali, kita perlu ingat bahawa kejayaan ke puncak gunung tersebut bukanlah pengembaraan terakhir, masih banyak puncak gunung lain yang belum ditawan. Bukan kerana tamak, hanya kerana setiap pengembaraan ke puncak gunung yang lain adalah berbeza keindahan puncaknya, cabarannya, suasananya laluannya dan juga makhluk sekelilingnya.
Begitu juga bila kita sudah berada di puncak kejayaan, raikanlah ia hanya sekadar sahaja kerana masih banyak impian lain yang belum terlaksana. Jangan terlalu bangga dengan kejayaan yang kita gapai kerana kejayaan itu bukanlah milik kita untuk selama-lamanya. Sentiasa semat di hati bahawa hidup ini ibarat roda, kadang-kala kita berada di atas, kadang-kala di bawah.




Jangan bersedih sekiranya kita terpaksa meninggalkan puncak jaya itu, bersyukurlah kerana kita pernah mengecapinya. Kita hanya perlu teruskan perjalanan mengejar impian lain yang masih menunggu untuk digapai. Teruskan, jangan berputus asa kerana pengembaraan itu tidak pernah berakhir selagi impian terakhir belum tercapai. Impian terakhir itu ialah kehidupan di syurga yang kekal abadi.
InsayaAllah apa yang dilakukan pada matlamat diri, moga hati kita sama sama kuat dalam pancaroba kehidupan ini. Gambar yang di atas gambar kenangan saya mendaki Gunung Tahan pada tahun 2005. Sampai disini saja, Wallahualam....

Saturday, July 21, 2012

Harapan Ramadhan


Assalamualaikum...:-) Baru sehari menyambut bulan ramadhan, bersahur bersama kakak, abang ipar, adik turun dari usim dan x ketinggalan anak buah ku yang berumur 6 tahun pun turut nak juga berpuasa..hehehe...happy sgt..sebab rasa nikmat bersahur ramai- ramai..makan semeja sama - sama, Bukan senang nak berkumpul semua semeja makan..hehehe...




Banyak sangat harapan bulan ramadhan ni moga semuanya ditunaikan dengan nawaitu kerana Allah..
Time tengan layan anak buah main, terdengar sayup2 bunyi nyayian nasyid kumpulan raihan, dalam hati berkata, damainya lagu ni dah lama tak dengar, tersentuhnya hati ni rasa tersangat sangat haru banget...:-))

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
    Bersama kita semarakkan Ramadhan...

"Semoga kita semua dikurniakan keampuanan & ketakwaan "

http: //syurgailahi999.blogsport.com.

Peneman hatiku dengan Zikrullah.

Wednesday, July 18, 2012

Akan hadir ketenagan dalam hati jika Memaafkan.

Assalamualaikum...apakhabar semua? moga Allah kasih, di kuatkan iman kita sesama muslim. Salam menyambut Ramadhan yang bakal tiba lusa. Dekat bulan ramadhan ini, diriku di uji dengan pelbagai masalah dan keadaan yang bertimpa timpa, tapi aku bersyukur sangat masih berada di samping keluarga adik beradik yang memahami dan rakan rakan yang sentiasa di samping ku ketika aku memerlukan teguran dan nasihatnya. Mungkin dah ketentuan aku tidak boleh meneruskan pembelajaran aku di kolej universiti islam antarabangsa selangor (KUIS).
Allah maha mengetahu kemampuan hambanya, diuji agar dia lebih mengenali kemampuan hambanya, moga diri ini kuat menghadapinya..insyaALLAH
Aku secara peribadi mengetahui puncanya... tetapi tidak seperti yang orang lain jangkakan... Hanya aku yang benar-benar memahaminya... Temanku itu juga tidak memahaminya.. Tidak mengapa kerana aku punyai sebab aku sendiri.
Aku tidak mahu ada titik hitam dalam hati aku ini...terus menutupi kesucian hati.. Ada yang bertanya, tidakkah aku bersedih, tidakkah aku berasa payah, tidakkah aku berasa gusar? Sebenarnya tidak... sebab aku sebenarnya redha... dan aku tidak perlukan simpati.. Yang aku perlukan hanyalah keampunan dari NYA yang maha penyayang dan maha mengampuni. Kerana dalam limpahan kasih sayang yang ada di sekelilingku, aku menzalimi diriku sendiri.. menganiayai amanah yang diberikan olehNYA ini..
.

Dalam hatiku ini ada beberapa titik hitam yang bernama marah, benci, dendam....hanya, hanya, hanya kerana beberapa potong ayat...hanya, hanya, hanya adanya kesombongan dan keangkuhan dalam perjalanan itu, dalam bicara itu... dan hanya, hanya, hanya rasa ketidakpercayaan antara satu sama lain.
Bukan aku tidak menyayangi... mengasihi sesama insan, namun apa yang amat aku sukai itu bukanlah mungkin yang terbaik untukku...
Di hatiku ini ada kemarahan dan kesakitan yang mencengkam...
Dalam hatiku ini ada kepayahan dan keperitan yang menghiris...
Di sudut hatiku ini ada kesakitan dan kebimbangan yang mengugat...
Di sisi hatiku ini ada kebosanan dan kejelekan yang menguris....
Dalam hatiku ini ada dendam dan kesumat yang mencucuk...
seperti semua titik hitam itu ada....
sedangkan dalam hatiku ini aku semai, bajai dan aku jaga agar...
Ada kasih sayang yang mencukupi...
Ada cinta yang menyerlah....
Ada kerinduan yang melimpah ruah...
Ada keredhaan dalam pasrah...
Ada tawakkal dalam kesungguhan...
Ada ketulusan dan kedamaian melitupi..
Ada taqwa dan iman yang sihat dan subur....

Atas segala yang dinamakan kebaikan.....
MENGAPA PERLU ADA TITIK-TITIK HITAM ITU?
Ya Allah, semoga KAU berikan aku taufik dan hidayah dalam melalui semua ini.... Aku tidak mahu kesakitan itu mengurung hati aku kepada keikhlasan, ketulusan dan kesucian hati ini. Terimalah penyerahan ini... terimalah taubatku...
Semoga tidak lagi aku menganiayai diri aku ini...dan menganiaya diri orang lain.
Berikanlah aku ketabahan, kecekalan untuk mengubati, meredakan.... kelukaan dalam hati aku ini.

Bicara,kata-kata itu lebih tajam daripada pedang... Itulah kata-kata Saidina Ali...
Bicara, pengakuan itu boleh membunuh....
Semoga aku boleh memaafkan....
Semoga aku bisa membersihkan hatiku ....
Semoga aku dapat mengubati kelukaanku...
Dengan sejujur-jujurnya....
Semoga akhirnya tiada lagi titik hitam walau setitik dalam hatiku ini..
Maafkan aku....
Aku sangat mengasihi dan menyayangi...
Tapi aku masih punya harga diri...
dan aku masih ada kehormatan...
serta aku masih punyai jati diri....
Maafkan aku....
Aku tidak pernah mengkhianati orang lain...
aku tidak juga membohongi...
aku menjaga bicaraku, biarpun aku sangat suka berbicara...
aku menjaga tingkah dan perlakuanku...
aku menjaga pemakaianku...
berdasarkan apa yang aku tahu, pelajari....
jika aku tidak tahu....aku akan mencari untuk tahu..
jika aku tidak bersopan....aku akan mengusahakannya...
Cuma ada yang tidak mengerti..
Walaupun aku sangat mengasihi... bukan bermakna mudahnya untuk menuding kepada aku dengan tanpa ku ketahui salahku...
Jika aku tidak buat ....mengapa kesalahan itu ditanggungkan di bahuku...
Jika orang lain yang bercerita...kenapa aku yang disangka?

Itulah yang ada dalam hatiku ini...
Tidak apa jika tidak suka....pergilah
Tidak mengapa jika tidak sayang....berlalulah
Tidak mengapa jika tidak menyenangi...pinggirkanlah...
Tidak mengapa jika membenci....jauhilah
Tidak mengapa jika tidak mahu mengerti...sisihkan
Tetapi mengapa...mengapa...mengapa... dicampakkan benih dendam hati...
Aku sudah mengikhlaskannya... jika diuji berkali-kali untuk mengetahui kesetiaan hati
Aku sudah merelakannya....Jika diduga dengan keaiban untuk membuktikan ketabahan hati..
MUNGKIN...
Tapi adalah malang sekali kerana di dalam hati ku ini ada api yang membakar cebisan-cebisan rasa yang sukar untuk dipadamkan lagi..
Aku amat menyayangi...namun dalam hatiku punya dendam tersendiri..
aku terasa telah meletakkan serendah-rendah kedudukan diri tetapi aku terasa dianiayai..
aku berusaha untuk membersih dan melembutkan hati..namun aku terasa aku tidak dihargai..

SABAR, SABAR, SABAR..... kerana itu aku membiarkan ia berlalu...ku harapkan pergi juga rasa itu dalam hati... namun aku sentiasa ingat, apatah lagi apabila hijab itu dibukakan...pada hati dan mindaku ini...
Sebenarnya aku ingin mendoakan kemusnahan, kejatuhan, kehancuran.... TETAPI, itu bukan aku. Aku tidak pernah mendoakan semua itu... pada oranglain.. Namun bukan juga itu membolehkan aku difitnah dan dianiaya. Aku memang tidak sesempurna mereka yang seperti itu...tapi aku masih tahu, mengetahui...jalan mana yang aku terus pilih....jalan menuju yang satu.
Biarpun aku tidak sehebat mereka...tapi aku ada DIA dalam hatiku...DIA jugalah pelindungku..
Jika dia tidak berikan balasan itu, pasti DIA tahu apa yang perlu.

Aku ingin meluahkan segala-galanya...namun aku tahu ada hak-hak yang perlu aku jaga dalam ukhuwah ini... Aku faham kesakitan dan keaiban itu amat perit... Aku mengerti, Islam itu syumul...Islam itu akhlak mulia... Aku pernah merasainya...biarpun aku akan kalah dan tewas untuk menggapai kehebatan di dunia tidak mengapa.... Aku tahu DIA sentiasa bersama dalam suka dan duka, gagal dan jaya.


MOGA KASIH SAYANGNYA BERSEMI SENTIASA DIHATI DENGAN REDHANYA...AMIN..