Wednesday, June 11, 2014

wang dunia

Assalamualaikum...sekian lama x tulis blog ni..masa mencemburui aq..dan masa ni peluang aq untuk menulis apa yang tersirat di hati kerana allah..hanya padaNya tempatku untuk mengadu..dan tetapi aq perlu lisan untuk meluah yang terpendam di dlm diri sekian lama..makin terasa seksa hanya untuk pendam segala rasa sendiri tanpa ada orang yang perlu aq memahami perasaan ni..cukup hanya aq..tapi jika ada yang terbaca blog aq ni hope sekadar baca tapi x menilai diri aq ni..sorry bataskan diri menilai org ok...
Hidup ni x lepas dari masalah..bila kita x mencari masalah ia akan datang...kasih, simpati dengan masalah org lain juga diri akan merasa sedikit bebanan perlu untuk menolong..tapi mampukah? Ini la diri aq..sanggup menolong org tapi diri sendiri ntah mana haluannya untuk tetap berdiri..memang rezeki ada kt mana2 jika usaha ikhtiar dgn kudrat yg ada x mustahil..lama aq termenung lama aq menilai ape yg aq mampu buat sekarang? Allah segala galanya moga selamat aq dalam perlindungannya..aq menolong org susah bukan untuk di pandang mulia..tapi sebab kerana Allah..aq pun pernah susah bukan hidup care org sng aq dari kecil bukan hidup senang..banyak aq lalui banyak aq pelajari...aq positifkan diri hidup susah x apa asal aq x menyusahkan org aq x buat kerja hina..aq pencari kebahagiaan diri kedamaian diri...wang harta aq x fikir ia sgt penting..tapi ada orang yg susah perlukan wang untuk menyara keluarga..aq manusia yg kerdil hina ini..bila org meminta pertolongan merayu pohon sgt..adakah aq ignore..abaikanlah bukan mslh aq pon! Owhh aq bkn mcm tu wlu kdg kata2 ni terpikir di benak pemikiran...just aq positifkan diri...bila org ssh aq x tlg x mustahil 1 hari bila aq ssh org x mau tlg org x pandang pun aq ni..hidup ini ada karma..ada balasan. Allah nak tunjukkan aq ini sebahagiaan dari ujian aq yg harus aq tempuh..jangan mewah2 untuk diri x bawa ke akhirat pun, ntah la semua org kejar kemodenan wang adalah segala galanya untuk hidup..penuhi kehendak dan keperluan yang x terbatas...aq sekadar cukup2 sudah memadai untuk aq teruskan hidup..cari wang bukan untuk berjoli tapi untuk keperluan sekadar yg penting..cukuplah untuk makan..
Apa yang perlu aq buat dunia ni sekadar hiasan aq hidup sementara..Allah x mencipta manusia sekadar hanya sia2..dia x mencipta aq di bumi ini sekadar untuk aq mencari mengejar kemewahan dunia..tidak!! Aq tau aq ni bukan manusia yg istimewa yg dicipta seperti manusia2 lain..mesti ada kekurangan dan kesilapan..aq belajar untuk mengenali diri dan orang lain..aq belajar kenal tuhan ku ya rabb maha berkuasa..segala galanya dia tempat aq bergantung..alhamdulillah Allah syg aq kasih dan cinta dia x ternilai...aq cuma perlu pertolongannya..jaga diriku dari musibah yg menimpa..taubatku x pernah habisnya..sentiasa buat kesilapan..lalai dgn suruhan yg wajib..x plh ni antara aq dgn yg maha esa...hati aq x merasa tenang pikirkan kesusahan orang yg mengharap ehsan...moga esok atau lusa ada rezeki yang bergolek..segalanya aq serahkan pada ya Rabb..aq usaha doa dan tawakal..moga iman aq terjaga ya Allah..aq harap balas ikhsan darimu..bukan kemewahan bukan harta yang banyak tapi kedamaian diri perlindungan diri dan kebahagiaan. Moga di permudahkan segala urusan dan segalanya berjalan dengan damai.

Saturday, January 4, 2014

Assalamualaikum....alhamdulillah hari ni terbuka di ruang minda dan hati menggerakkan untuk menulis di laman sesawang yang dah lama x meng update..hehehe...Ya Allah rasa lama x update blogger mcm x ujud lagi memori atau kisah kisah yang melanda diri..hehehe..bkn nak meluah untuk hal sendiri je mana lah tahu blh share something perkara lain..nasik nak cita hal sendiri je bosan la pulak...hahaha...ok part 1,
Selepas aku berenti kerja Grafik Design aku mencuba nasib bekerja sebagai sales proton, kenapa ye agak2 aku berenti kerja Grafik Design ye...?? mesti ada yang tertanya. Aku berenti sebab Bosan keja dalam office, Bos selalu pantau setiap jam, x de ramai kawan, Gaji ciput je...bayangkan 1300 je busic..macam ne aku nak idop kt PJ ni gaji ciput..bos berkira. last bos pon x senang hati aku keja kt tempat dia coz ak ni sllu datang keja lewat kadang 5 mnit kdg smpi 30 mnit...office bkk kul 8.30 tapi aku masuk keja kul 9...hahaha...bos masuk keja kul 9.30 pagi.. kwn2 kecoh kt bos ak msuk kerja sllu lewat..haha..x plh g pon ak x minat bekerja dengan company cina..so aku berenti la...aku ni bukan orang yang berdisiplin so aku x blh di control..hahaha...
Sekarang aku kerja sales proton..kerja bebas, banyak jumpa orang..wahhh mcm2 ragam org aku jumpa.. macam mana pon aku anggap ini semua sebagai pengalaman hidup..
hope aku sentiasa tabah dengan perkerjaan sekarang.
aku memang minat berniaga sebab 2 aku mencari pekerjaan yang melibatkan marketing sambil2 mencari modal untuk buka perniagaan sendiri..hehehe...
sampai sini saja ok..lain hari sambung balik.. untuk part 2...


Sunday, April 28, 2013

Sabar harungi Dugaan Hidup

pelbagai hal yang membuatkan diri ini down..but i try bangun kuatkan hati dan semangat...ni lah kehidupan. Pelbagai cobaan

Harapan Dengan Keagoan.

Ya Allah permudahkanlah urusanku dan sempurnakanlah segala urusanku.

Ya Allah,
 Detik ini..
aku melihat diri yang hina dina ini,
merungkai segala yang terjadi liku liku kehidupan,

Antara kepercayaan, kekecewaan dan kegagalan.

Ya Allah,
Hadirnya cinta tanpa ku sedar,
Hadirnya dirinya padaku tanpa simpati dariku,
Hadirnya setia dan kasihnya ku persiakan.

Ya Allah,
Tunjukkanlah pada ku cinta yang pasti dan hakiki,
Haruskah aku merindui dan menyayangi pada yang tidak ku akan miliki,

Ya Allah,
Pengorbananya dan kata katanya melembutkan hatiku agar bersamanya,
Kesetiaannya dan rayuannya membuatku simpati padanya,
Perlukah aku untuk bersamanya entah yang keberapa kali demi sayangnya pada ku,

Ya Allah,
Lembutkanlah hatiku untuk menerimanya,
Lembutkan hatinya untuk menerima ku,
Jika dia jodohku dekatkan hatiku padanya,
Jika dia bukan milikku jauhkan lah hatiku padanya,
Aku redha apa yang terancana olehmu..

Ya Allah,
Adakah rinduku kini padanya menandakan aku cinta padanya?
muhasabah diri...patutkah aku mencintai jika dia bukan milikku?
Aku juga merasa perlu di cintai dan mencinta,
Adakah dia milikku persoalannya...

Ya Allah,
Apakah harus ku lakukan kini,
Aku sekadar menanti harapan yang tak pasti.
Menanti harapannya kembali padaku,
Harapan ini yang tak akan memisahkan ku dan dia,
Baru ku sedar Cintanya kuat padaku,
Yang tak pandai menilai harga dirinya dan keikhlasannya..

Ya Allah,
Tunjukkan lah aku pada jalan yang kau redhai..
Jalan orang yang memilih cinta sebagai ibadah..
Agar kebahagiaan dikecapi hingga ke syurgamu..

Amin...Ya Rabb..

Friday, April 19, 2013

Kembali Mengharap

Assalamualaikum....apakahabar, sihat ke? alhamdulillah diri ini diberi kesihatan dan kudrat semampunya menjalankan tanggungjawab dan ibadah yang diperintahkan. Alhamdillah lagi sekali terbuka hati ni seketika untuk update blog yang kadang saya ni ada penyakit P (pemalas ) untuk update. Walau bagaimanapun sekarang masa yang terisi sepenuhnya saya ingin memulakan diari hati saya Kembali mengharap.. eh ini bukan tajuk lagu ye..ni tajuk yang spontan tbe2 dalam fikiran juga melibatkan hal diri ini.

Jika tak kenal maka tak cinta..betul kah kata pepatah ni? hahahaa...kadang2 terfikir juga dalam fikiran saya..bukan bermaksud otak saya ni lembab untuk memahami maksudnya tapi apa yang saya kenal dan fahami timbul rasa bosan dan memutuskan. Kadang diri ini fikir mengapa ya diri ini sukar menerima dan menilai perasaan dan hati seseorang terutama kaum lelaki. Walau dah bertahun tahun mengenali tapi sukar juga untuk menerimanya seadanya sebagai sahabat mahupun teman rapat. Then sampai sekarang diri ini masih tidak berpunya..Hanya Allah diri berserah, Bukan tidak pernah menerima jejaka hati dalam hati..pernah...tapi baru hubungan separuh jalan kami berpisah..sebab apa? sebab saya seorang pemarah dan beremosi jika kata kata saya dipersendakan dan maruah saya sebagai seorang wanita dicabul..salah saya ka? kolot sgt ke? hurmmm....Lelaki yang bagaimana sanggup menahan nafsu zaman sekarang? mesti nak couple..nak berteman...berkahwin sebab tak boleh menahan nafsu, tapi tidak semua lelaki yang begini..dan jarang jarang lelaki yang di jumpai berkahwin kerana syariat agama..

Diri ini berdosa kah? memutuskan hubungan yang bertahun tahun mengenalinya hinggalah menyambung pelajaran ke ipta..walaupun sefahaman kami kurang, berjauhan, dan juga sering bertengkar dalam hpn..tapi diri saya sering dipujuk dengan kata kata maaf dan rayu..walaupun dirinya tidak salah sebenarnya tapi dia anggap dirinya salah sebab tidak sabar pada diri saya yang suka beremosi..Bila berjumpa pun tidak sekali dan sejentik pun menyentuh saya..penah saya katakan kenapa tidak pernah menyentuh saya? dirinya menjawap sebab saya sayang awak, biarlah awak rasmi jadi isteri saya dahulu, Adakala hati rasa terharu dan terpegun dengan dirinya..Ya Allah sungguh tabah dan kuat hatinya menghormati kehormatanku..walau dah bertahun kami berhubung dan mengenali, tapi kami mempunyai masalah selalu berselisih faham..saya ego kah? tau dia yang ego? ya saya mengaku kami sama2 ego..tapi dirinya kadang kala dapat mengawal egonya oleh sebab sayangnya dirinya pada diri ini..setianya hatinya..Tapi diri ini lah yang seringkali mengeluarkan kata kata putus...diri ini memang keras kepala dan keras hati.

Mungkin diriku terasa bosan bila dirinya berjauhan dengan diriku..Tapi hati ini tetap sentiasa dirinya ada dalam hati walau sedikit..sebab bukan senang nak diri ini beri walau sedikit hati ini pada orang lain..sangat mahal dan sangat berharga..sentiasa pelihara dari godaan..InsyaALLAH...

Kini diri ini masih mengharap dirinya datang kembali mengharap padaku lagi..ntah bila..pasti ke? .atau hanyak angan kosong..Memang benar diri ini masih sayang dan rindu padanya tapi jenis diri ini tidak suka menunjuk dan di perkatakan..sebab mahal kata2 ini hanya untuk pada yang berhak.
Ya Allah kuatkanlah hati ini dengan cobaan dan dugaan dunia...

Diri ini belum sampai jodoh lagi adik ku yang dahulu bernikah dari diriku...hahaha..dalam adik beradik diriku saja belum berteman..hahaha....( sedih+gembira ) tak tahu nak gambarkan hati ni bagaimana...

Walaubagaimanapun tetap bahagia dengan diri sendiri dan pekerjaan..jika ada jodoh nanti adalah...cuma lambat atau cepat sahaja Allah nak beri. always be positif! ok...

papepon hope sangat biarlah yang hadir dalam diriku nanti seorang jejaka yang dihantar Allah padaku seorang yang beragama, berdikari, bertanggungjawap, dan baik budi pekerti juga bicaranya.

sampai sini saja lah coretan saya...

assalam wbt                

layannn.................


Thursday, March 28, 2013

Bersyukur

Assalamualaikum.....Alhamdulillah, sekian lama blog ditinggalkan bersawang...hanya melihat saja, bila nak update pikir panjang nak ke x nak update...hihik...kesian blog ni, so sekarang baru ada pengisian untuk diluah...
Alhamdulillah sekali lagi tanda syukur pada yang maha Esa, kini aku bersyukur kehidupan yang cerah makin hari makin jelas cuma kena usaha lebih lagi dan fokus pada tujuan sebenar..
aku akan memulakan perniagaan kecil kecilan bersama kakak ku, yang kebetulan telah mendapat kelulusan pinjamannya, walau tidak seberapa tapi cukup jika modal aku dan modal dari pinjamannya tekun digabungkan menjadi satu, jadinya kami menjadi rakan kongsi dan usahakan bersama...InsyaAllah moga mendapat sambutan yang menggalakkan nanti..akan aku buat sebaik mungkin..ini janji aku.
Sudah banyak rintangan dan dugaan sebelum ini yang aku lalui...cuba untuk bangkit agar kesilapan dan masalah lalu tidak terbawa pada kemudian hari...aku bersyukur sangat setiap apa yang jadi ada hikmahnya tak dapat aku luahkan apa yang jadi di sebalik dugaan susah payah yang aku lalui sebelum ini..dalam hati percaya ada hikmah yang tersembunyi..aku belajar kelemahan diri aku, aku belajar mematangkan diri bangkit..dan aku cuba usaha yang terbaik dan juga yang termampu aku lakukan..semuanya berkat dari segala aspek amalan yang aku lakukan..bersyukur sangat..
Mulut tidak sudah mengucap syukur Alhamdulillah setiap minit..Nikmat iman, nikmat syukur, nikmat hati tenang dan nikmat rasa pelbagai pada tempat dan situasi...diri saja yang dapat merasa..
Hidup ni tidak lepas merasa nikmat jika tahu menghargai dan bersyukur apa adanya..
Allah akan beri di setiap kesempatan peluang demi peluang untuk kita kecapi apa yang kita hajati dan apa juga yang kita fikir untuk kebaikan pada masa akan datang untuk kita capai.
Syaratnya Sabar usaha dan doa...InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan izinnya...Anggap segala masalah adalah satu cabaran untuk bangkit lebih matang pada masa akan datang..
Walau ombak sekuat mana menghempas aku, akan aku kuat berdiri tetap pada tempat asalku walaupun ribut datang sekali pon..akan ku tetapkan pendirian.

Moga sentiasa ada sinar cahaya dari kegelapan..Insya Allah semua di atas izinya..

Friday, September 7, 2012

Cinta Untuk Dia Cara Memendam kerana Allah.


Assalamualaikum...

Alhamdulillah ada juga ilham untuk diriku meluah kata yang terpendam, jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita.
Saya tidak nafikan dan bukannya untuk dibanggakan tetapi sebagai perkongsian bersama kerana perkara inilah yang saya pegang hingga hari ini. Tapi bagi sesetangah orang perkara ini payah kerana ada segelintir orang sahaja yang sanggup menaggung rasa di hati dan menyatakan nya kepada Sang Pencipta.

Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya baca mengenai "Cinta Mengikut Islam" ini;

1 ) Pendam dan luahkan pada Allah

Pertama sekali, jika kita mencintai seseorang haruslah kita pendamkan dahulu dan menyatakan hasrat kita kepada Allah. Kita tidak perlu terburu buru takut perempuan/lelaki itu mencintai orang lain kerana jodoh ini adalah semua aturan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

Justeru, menyatakan perasaan kita kepada Allah terlebih dahulu, itulah cara yang paling terbaik kerana insyaAllah, Allah tidak akan memberi sesuatu kepada kita melainkan kita berhak mendapat nya dan dalam bab jodoh ini kita berusaha lah menjadi hamba Allah yang terbaik. Niatkan pertamanya apa yang kita lakukan ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan jodoh yang baik, tetapi adalah semata-mata kerana Allah.

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap kebaikan itu pastinya akan diganjari dengan kebaikan pula. Demikianlah juga dalam perihal jodoh sesudah kita mantapkan diri atas apa yang kita lakukan semata-mata kerana-Nya, sudah tentulah Allah akan berikan yang 'sekufu' iman dengan kita. Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu.

Allah telah janji dan berfirman dalam kitabNya yang bermaksud;

"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)

2) Nilai dan selidiki sebelum mencintai

 Cinta itu hadir tanpa kita sangka. Kadang-kadang ianya berputik tanpa kita sedari. Ada pula yang hadirnya walau hanya pertama kali bertentang mata (sekali pandang). Namun, sebelum kita membiarkan cinta itu tertanam di lubuk hati kita yang paling dalam, maka nilailah cinta kita itu semula.

Adakah cinta kita itu untuk dunia sahaja? Kerana kemewahannya kah? Untuk memuaskan nafsu diri kah? Atau semata-mata kerana untuk menyempurnakan agama? Andai cinta kita kepada seseorang itu hanyalah kerana nafsu dan dunia, maka rugilah kita kerana kita tidak akan dapat apa-apa melainkan kepuasan hanya di dunia. Tetapi jikalau kita mencintai seseorang kerana Allah dan berniat untuk memuliakannya dengan ingin menikahinya maka besarlah pahalanya sedang perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah rumah Allah.

Mungkin ada yang berkata;

" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab kecantikannya"

"Aik, awak nikah ni tanpa nafsukah?"

Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.


3) Jauhilah 'bercouple"

Andai diri telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara ini langsung tidak dianjurkan dalam Islam. Sesungguhnya budaya couple ini bukanlah satu pegangan Islam kerana padanya terlalu banyak perkara-perkara yang boleh membuatkan pasangan bercouple ini lebih cenderung kepada mendekati zina.

Sepertimana di dalam al-Quran ada menerangkan, "la taqrabuz zina" yang bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina"  yang mana para ulamak mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Maka, apakah dengan bercouple juga tidak termasuk di dalam mendekati zina? Walaupun mungkin ada antara pasangan couple yang berkata;

"Saya tidak pernah keluar berdua dengan dia"

"Ana jarang telepon..."

"Pakwe aku tak pernah sms pun. Kalau ada pun perkara yang penting je"

Namun, tanpa sedar kita tidak tahu bahawa kita sedang melaku zina hati yang mana sedikit demi sedikit akan membawa kita melakukan dosa yang lebih besar. Nau'uzubillah

4) Solat Istikharah dan musyawarah (berbincang)

Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk kepada Allah dan bermusyawarah (berbincang) meminta pendapat daripada orang yang dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan bermohon kepadaNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya kerana Allah atas asbab agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang.

5) Bertindaklah ke arah kesempurnaan Iman

Alhamdulillah, jika Allah telah berikan kelapangan di atas solat istikharah yang kita lakukan. Salah satu daripada petunjuk istikharah selain mimpi ialah apabila hati kita terasa lapang dan yakin dengan keputusan yang ada. Maka, bertindaklah. Bertindak di sini ialah dengan memilih seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.

Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu.

Saudara saudari saya sekalian, couple ni memang indah tetapi beracun. Saya tidak mahu rakan-rakan saya diluar sana terkena mainan syaitan ini kerana saya juga pernah merasainya sekali suatu ketika dahulu. Memang benar, pada mula berasa semuanya manis, namun pertengahannya semakin kurang dan akhirnya tawar dan pahit sekali untuk ditelan. Moga ianya menjadi pengajaran buat saya.

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya semua hubungan kita dengan manusia mendapat keredhaanNya dan Allah akan menjadikan kita insan yang lebih baik supaya insyaAllah kita dikurniakan pasangan yang juga baik.

InsyaAllah...Moga ia datang..