Saturday, April 14, 2012

Tabah

Assalamualaikum...Alhamdulillah dapat kiranya saya menulis blog saya ini lagi, sesekali menjenguk jenguk blog rakan rakan blog yang lain tiba tiba tertarik hati ini ingin berkongsi sedikit khabar cerita saya jika ada yang boleh diberikan pengajaran sedikit pada rakan blog sekalian...
Baru baru ini, saya di khabarkan bahawa Saudara saya iaitu kakak angkat (kak ayu) saya yang saya sayangi dan hormati, telah kehilangan anaknya yang baru berusia satu setengan bulan..innalillah..khabar berita yang saya dapat melalui sms pada pukul 8 AM tarikh 4/14/2012. Diberitahu anaknya tidak bernyawa pada puku 12AM lebih kurang, sebelum anaknya tiada, kak ayu menghantar anaknya ke hospital dan dokter memberitahu anaknya menghadapi masalah demam biasa. Masyaallah, Allah lebih menyayangi anaknya yang berusia satu setengah bulan, ada hikmah di sebalik yang terjadi pada kak ayu dan ahli keluarganya yang turut berduka atas kehilangan anak kak ayu tersebut.Doakan semoga kak ayu diberi ketabahan.
masyaallah comel
indahnya bergelar ayah dan ibu

Allah S.W.T lebih mengetahui dan maha  perencana,   Sesuatu yang  terjadi atas izinya,  hikmah  sentiasa ada di sebalik ujian yang diberi oleh Allah S.W.T.. REDHO lah, insyaallah barakah sentiasa ada.