Assalamualaikum...
Alhamdulillah ada juga ilham untuk diriku meluah kata yang terpendam, jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan
diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya.
Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya
daripada kita.
Saya tidak nafikan dan bukannya untuk dibanggakan tetapi sebagai perkongsian
bersama kerana perkara inilah yang saya pegang hingga hari ini. Tapi bagi
sesetangah orang perkara ini payah kerana ada segelintir orang sahaja yang
sanggup menaggung rasa di hati dan menyatakan nya kepada Sang Pencipta.
Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya baca mengenai
"Cinta Mengikut Islam" ini;
1 ) Pendam dan luahkan pada Allah
Pertama sekali, jika kita mencintai seseorang haruslah kita
pendamkan dahulu dan menyatakan hasrat kita kepada Allah. Kita tidak perlu
terburu buru takut perempuan/lelaki itu mencintai orang lain kerana jodoh ini
adalah semua aturan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Justeru, menyatakan perasaan kita kepada Allah terlebih
dahulu, itulah cara yang paling terbaik kerana insyaAllah, Allah tidak akan
memberi sesuatu kepada kita melainkan kita berhak mendapat nya dan dalam bab
jodoh ini kita berusaha lah menjadi hamba Allah yang terbaik. Niatkan
pertamanya apa yang kita lakukan ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan
jodoh yang baik, tetapi adalah semata-mata kerana Allah.
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap kebaikan itu
pastinya akan diganjari dengan kebaikan pula. Demikianlah juga dalam perihal
jodoh sesudah kita mantapkan diri atas apa yang kita lakukan semata-mata
kerana-Nya, sudah tentulah Allah akan berikan yang 'sekufu' iman dengan kita.
Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan
kebaikan ke atas usaha itu.
Allah telah janji dan berfirman dalam kitabNya yang
bermaksud;
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah
sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)
2) Nilai dan selidiki sebelum mencintai
Cinta itu hadir tanpa
kita sangka. Kadang-kadang ianya berputik tanpa kita sedari. Ada pula yang
hadirnya walau hanya pertama kali bertentang mata (sekali pandang). Namun,
sebelum kita membiarkan cinta itu tertanam di lubuk hati kita yang paling
dalam, maka nilailah cinta kita itu semula.
Adakah cinta kita itu untuk dunia sahaja? Kerana
kemewahannya kah? Untuk memuaskan nafsu diri kah? Atau semata-mata kerana untuk
menyempurnakan agama? Andai cinta kita kepada seseorang itu hanyalah kerana
nafsu dan dunia, maka rugilah kita kerana kita tidak akan dapat apa-apa
melainkan kepuasan hanya di dunia. Tetapi jikalau kita mencintai seseorang
kerana Allah dan berniat untuk memuliakannya dengan ingin menikahinya maka
besarlah pahalanya sedang perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah
rumah Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab
kecantikannya"
"Aik, awak nikah ni tanpa nafsukah?"
Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan
kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah juga
sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan.
Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah
pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana
Allah itu yang paling utama dan pertama.
3) Jauhilah 'bercouple"
Andai diri telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk
menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara ini langsung
tidak dianjurkan dalam Islam. Sesungguhnya budaya couple ini bukanlah satu
pegangan Islam kerana padanya terlalu banyak perkara-perkara yang boleh
membuatkan pasangan bercouple ini lebih cenderung kepada mendekati zina.
Sepertimana di dalam al-Quran ada menerangkan, "la
taqrabuz zina" yang bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina" yang mana para ulamak mengistinbatkan
hukumnya sebagai haram. Maka, apakah dengan bercouple juga tidak termasuk di
dalam mendekati zina? Walaupun mungkin ada antara pasangan couple yang berkata;
"Saya tidak pernah keluar berdua dengan dia"
"Ana jarang telepon..."
"Pakwe aku tak pernah sms pun. Kalau ada pun perkara
yang penting je"
Namun, tanpa sedar kita tidak tahu bahawa kita sedang melaku
zina hati yang mana sedikit demi sedikit akan membawa kita melakukan dosa yang
lebih besar. Nau'uzubillah
4) Solat Istikharah dan musyawarah (berbincang)
Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk kepada
Allah dan bermusyawarah (berbincang) meminta pendapat daripada orang yang
dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan
bermohon kepadaNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya kerana Allah
atas asbab agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk
agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang.
5) Bertindaklah ke arah kesempurnaan Iman
Alhamdulillah, jika Allah telah berikan kelapangan di atas
solat istikharah yang kita lakukan. Salah satu daripada petunjuk istikharah
selain mimpi ialah apabila hati kita terasa lapang dan yakin dengan keputusan
yang ada. Maka, bertindaklah. Bertindak di sini ialah dengan memilih seseorang
menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan
dan cara hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada. Maka,
selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik,
bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah
kesempurnaan iman itu.
Saudara saudari saya sekalian, couple ni memang indah tetapi
beracun. Saya tidak mahu rakan-rakan saya diluar sana terkena mainan syaitan
ini kerana saya juga pernah merasainya sekali suatu ketika dahulu. Memang
benar, pada mula berasa semuanya manis, namun pertengahannya semakin kurang dan
akhirnya tawar dan pahit sekali untuk ditelan. Moga ianya menjadi pengajaran
buat saya.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya semua
hubungan kita dengan manusia mendapat keredhaanNya dan Allah akan menjadikan
kita insan yang lebih baik supaya insyaAllah kita dikurniakan pasangan yang
juga baik.
InsyaAllah...Moga ia datang..
No comments:
Post a Comment